10 Hadiah Utama Yang Sering Dilupai Untuk Orang Tersayang

Kita ni kalo terfikir pasal hadiah, mesti ingat benda2 yang boleh nampak & dimiliki je, yang boleh dibeli kat pasaraya.Sebenarnya ada banyak benda lain yang boleh kita beri kepada sesiapa sahaja yang kita ingini & kasihi tanpa melibatkan kos yang banyak, bahkan free pula tu. Cuma yang penting keikhlasan hati kita ajee.

10 hadiah yang paling senang dan sesuai anda berikan kepada yang dikasihi. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan anda hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana anda hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri anda.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Semua hadiah ni menarikkan.Senang saje kalau nak buat pun.Tak melibatkan kos langsung, yang diperlukan hanya keprihatinan & kejujuran hati anda shj. Betul tak?tapi masih ader lagik ker zaman sekarang org lebih memerlukan hadiah yg tersenarai diatas drpd hadiah yg nampak tue errkk??tanya diri anda sendrik!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

berleter ler apa sajer yer...

INI LAH MANJAKUSAYANG....

INI LAH MANJAKUSAYANG....

Blog daku terjah....