::PETUA HILANGKAN DAKI::

kali ini daku ingin berkongsikan petua untuk mengeluarkan daki daripada badan. Petua ini sesuai digunakan untuk mengeluarkan daki di belakang leher, pelipat siku, belakang lutut dan mana-mana bahagian badan yang mempunyai banyak daki. Ambil santan segar dalam satu mangkuk. Lumurkan santan ke bahagian badan yang berdaki dan biarkan ia kering dalam 20 minit. Selepas itu, gosok bahagian badan yang dilumur santan tadi dengan tangan sehingga daki keluar dari bahagian badan tersebut. Badan juga boleh digosok dengan kelapa parut yang telah diperah santannya tadi. Dengan mengamalkan petua ini, bukan sahaja daki dapat dikeluarkan malahan secara tidak langsung dapat melembutkan kulit kita. Petua ini boleh digunakan kepada anak-anak atau adik-adik yang aktif bermain di bawah sinar matahari. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

berleter ler apa sajer yer...

INI LAH MANJAKUSAYANG....

INI LAH MANJAKUSAYANG....

Blog daku terjah....