JOM, BLK KG!!!!

Salam ceria uols, kemain suka anak2 ku bila ckp nak blk kg.lagik2 si kakak eca tu.rindu kat atok dia ckp.diorg ni kalo kat kg bebas skit.leh kuo main kat luo.rasa ler udara nyaman.tak mcm kat sini.asik dok teperap kat rumah jer...memandangkan kami dah 3 bln tak blk kg jadik daku & anak2 nak stay kat kg lama ler skit.cuma seminggu jer....sejak raya aidilfitri tu kami tak blk kg.raya aidiladha tu pon kami beraya di seremban shj.sbb papa kene keje.kali ni pon papa cuma antar kami shj.bukan senang papa nk dpt cuti skang ni.keje byk....tp papa tak kisah pon, asalkan anak2 sonok dpt bercuti wlpon hanya di kg shj.atok pon dah rindu kat budak2 ni lagik2 kat bb efa yg cilik tuh.kalo rindu kat diorg ni atok just tpn jer tuk hilangkan rasa rindu.dpt ler atok gelak2 riang wlpon kadang2 atok pon tak phm apa yg eya & efa ckp....mlm ni kami akan pulang ke kg papa di labis, segamat.esok pula kami akan stay di kg mama di kluang, johor.nasib mama ngan papa satu negeri jer....so kpd uols doakan semoga perjalanan kami dipermudahkan olehnya & selamat sampai ke destinasi yg dituju, amin.jumpa lagik di next n3 dgn citer blk kg kami nnti.bye...

::SARAPAN PAGI::

popia crabstick

nasi goreng ikan bilis(kpala bilis pon maleh nak kopek da...)

selamat pagi uols, dah sarapan lom?mesti dah kan?....dah nk lunch dah ni.daku jer lmbat publish ni.hari ni daku sekeluarga menjamu sarapan pagi yg simple tp mengenyangkan.tu dia nasi goreng  & popia crabstick yg daku oder dari ejan.ermmm, memang sedap & anak2 ku pon suka mkn.kalo uols nk try blh klik sini yer.....mesti pas ni bisnes ejan meletop, insyaallah....

::KONVOKESYEN PASTI::

banner konvokesyen pasti

aleesha dapat hadiah no3 dlm kelas

posink2 jap....

kawan2 aleesha yg bertuah itu...

alhamdulillah selesai sudah persekolahan aleesha pada thn ini ditadika PASTI AL-MUMTAZ.bersyukur juga kerana aleesha telah berjaya mendapat tmpat ke 3 didlm kelas di dlm peperiksaan akhir thnnya.daku pon tak sangka aleesha leh dpt no 3.daku tgk aleesha ni mcm biasa jer.daku tak der ler tekankan sgt pelajaran dia.sbbnya dia baru lagi 5 thn kan.lainler thn 5 kan????alhamdullillah matematik lah subjet yg paling dia dpt markah bagus iaitu 98%.tekejut gak daku.....mama sayang sangat padamu aleesha.semoga aleesha belajar rajin2 yer sayang.mama sentiasa mendoakan kamu, insyaallah....

::SALAM AIDILADHA::

Assalammualaikum,
kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam diseluruh dunia.

mukjizat disebalik bismillah

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkatan dari lafaz 'BISMILLAHIRROHMAANIRROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha & Penyayang.

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak
BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

 11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

MESTI BACA::HADIS PALSU POTONG KUKU

salam uols,
oh rasa kesal sekejap apabila daku mengetahui ada hadis palsu tentang potong kuku.sebelum ni daku ada wat n3 mengenai potong kuku ikut sunnah nabi.rupanya itu adalah palsu.terima kasih kepada kak yong kerana berkongsi info dgn saya.kalo tak, saya memang tak tahu.saya CP dari FB ler.FB ni kadang2 tak betul kan....kesal betul saya ada jugak perkara begini berlaku.

Benar ke hadis berkaitan memotong kuku seperti di bawah ?

RAHSIA MEMOTONG KUKU:

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada:
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan..
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

*HADIS TERSEBUT PALSU DAN TAK BOLEH DIJADIKAN HUJAH*



Jawapan:

من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ، ودخل فيه الشفاء ، ومن قلم أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى ، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء ، خرج منه البرص ، ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه الوسواس ، والخوف ودخل فيه الأمن والصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخل فيه الرحمة ، وخرج منه الذنوب
Maksudnya: "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-'Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-'Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa."

Darjat Hadith
1. PALSU (al-Maudhuaat, Ibn Jauzi, 3/226)
2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul (al-Fawa-id al-Majmu'ah, oleh al-Syaukani. m.s. 197)
3. Di dalam sanadnya ada Nuh bin Abi Maryam yang ditohmah dengan pendustaan (Tartib al-Maudhuaat) - Sila lihat takhrij hadith dari laman dorar.net
al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith:
 من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة ، أخرج الله منه كل داء ، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة
Maksudnya: "sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum menunaikan solat, Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan menggantikan tempat penyakit itu dengan ppenyembuhan dan rahmat." Hadith ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah (ضعيف جدا)- Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021, cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh.
al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut:

لم يثبت في كيفيته ولا في تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء
Maksudnya: "Tidak thabit tentang kaifiatnya (memotong kuku), tidak thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W. sesuatu hadith pun."


Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن
Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata:


"Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

-----------------------------------------------------------
Kesimpulan:
1. Hadis Memotong kuku mengikut susunan adalah dhaif.
2. Apa yg thabit adalah memulakan dengan tangan kanan atau kaki kanan berdasarkan hadith Aisyah yg menceritakan Nabi SAW sentiasa mendahului perbuatan dgn tangan kanan, termasuk menyikat rambut.
Aisyah Ummul Mukminin beliau mengatakan,
"Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam suka mendahulukan yang kanan ketika bersuci, menyikat rambut dan memakai sandal." (HR. Bukhari dan Muslim)
3. Islam mengutamakan kebersihan untuk ummatnya. Maka memadai dengan apa yg diajarkan oleh Rasulullah SAW berkenaan kebersihan berdasarkan hadis soheh, tidak perlu menjadikan hadis dhaif sebagai hujjah untuk kita beribadah.

**di CP di sini

wallahu a'lam.

POTONG KUKU IKUT SUNNAH NABI

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

WASSALAM...

INI LAH MANJAKUSAYANG....

INI LAH MANJAKUSAYANG....

Blog daku terjah....